Bertakhta di Hati
Nov 20, 2013
Hakikat Sebuah Perkahwinan
Hari ini genap usia perkahwinan kami 25 tahun. Hari ini jugalah aku berpeluang menjenguk wajah blog yang telah usang dan bersawang. Bukan kerana tidak punya masa, tetapi lebih kepada tidak punya idea.....
Hari ini...menanam azam semula untuk membersihkan sawang-sawang di sini.....
PERKAHWINAN....
Bukanlah sebuah cerita khayalan
Bukan juga sebuah cerpen rekaan
Jauh sekali seperti sebuah angan-angan
Tetapi.....
Ia adalah sebuah perkongsian
Meskipun kau dan aku banyak perbezaan
Demi sebuah aturan kehidupan
Kita sering mencari titik persamaan
20 November 1988
Tanggal yang memeterai sebuah kota
Bukan atas dasar cinta
Mahu pun pandangan mata
Tapi kerana sebuah cita
Mendamba redha Dia Sang Pencipta
Serta mendamba bahagia hingga ke syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment