
Sekadar bahan ringan untuk renungan kita bersama, tentang kelebihan orang yang pemaaf.
1) Firman Allah Ta‘ala dalam surah Ali-Imran ayat 134 yang tafsirnya:
     "(Di antara sifat orang yang bertakwa itu ialah) orang-orang yang menahan  
    kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), 
    Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan."
2) Firman Allah lagi dalam surah Asy-Syura ayat 43 yang tafsirnya :
     "Dalam pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang 
    terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang 
    dikehendaki diambil berat (melakukannya)."
 
 3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah SAW
   bersabda yang maksudnya:
     "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan dan Allah akan menambah 
    kemuliaan  kepada seorang hamba yang mahu memberi kemaafan dan Allah akan 
    mengangkat darjat orang yang mahu merendahkan diri keranaNya."
    (Hadits riwayat Muslim)
Kesimpulan:
Jadilah kita seorang insan yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain, khususnya pada setiap hari sebelum kita melelapkan mata untuk tidur. Muga dengan itu Allah memberikan keampunan ke atas segala dosa yang telah kita lakukan. Ameen!

 


 


 
 
No comments:
Post a Comment