Melakar kehidupan bukan semudah mencorak lukisan. Namun warna warni lakaran itulah yang akan menceriakan dan mendewasakan. Selamat Melayari Tribulasi Kehidupan....

Bertakhta di Hati

Feb 15, 2012

Kisah Seorang Teman



Bergenang kelopak mata tatkala membaca posting emel seorang rakan….antara lain berbunyi….


“This is a humble and tawadhu’ husband and wife. Kedua-duanya lulusan Universiti Malaya. Seorang jurutera (suami) dan seorang doktor perubatan (isteri). Mereka antara kelompok awal yang terlibat mewujudkan dakwah ini di Univesiti Malaya tiga puluh tahun dahulu. Seterusnya terlibat aktif dalam dakwah sehingga kini, Alhamdulillah.


Kini kedua-duanya kembali ke rumah selepas si suami hampir seminggu dirawat di hospital. Living in a simple single story terrace house, though we know they could afford more than this. Setiap kali ada panggilan sumbangan, jarang tidak diberi…malah jumlahnya bukan sedikit. Moga mereka tabah mengharungi detik yang menduga ini. Doakanlah untuk mereka…”


Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sementara…bukan kemewahan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan hakiki yang dinanti di dalam kehidupan abadi. Sudah pasti bekalan yang mencukupi mesti dicari untuk kemudian hari…


Berbahagialah kepada pasangan ini di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan. Muga Allah mengurniakan kesabaran yang tinggi kepada mereka di atas ujian yang menimpa dan semuga mendapat yang terbaik di sisi Allah SWT.


Bagaimanakah dengan kehidupan kita?

Jom sama-sama memuhasah diri…




No comments:

Post a Comment