Melakar kehidupan bukan semudah mencorak lukisan. Namun warna warni lakaran itulah yang akan menceriakan dan mendewasakan. Selamat Melayari Tribulasi Kehidupan....

Bertakhta di Hati

Mar 22, 2011

Suami ...adalah rezeki yang melimpah ruah




Menekuni pengisian dalam diskusi ilmu semalam, aku terkedu apabila butiran ayat terindah hinggap di cuping telingaku:

“Rezeki itu bukan semata-mata diukur dengan kebendaan. Anak-anak yang baik juga rezeki. Suami yang baik dan tak banyak kerenah juga merupakan rezeki”….

Terpana seketika…lantas tergambar di minda ku tentang anak-anakku…kemudian tentu sekali insan yang paling rapat denganku…suamiku…

Benar sungguh bagai dikata….jika tak tumbuh pasti tidak melata…Suami yang baik itu adalah anugerah rezeki yang melimpah ruah…

Melebihi dua dekad lampau, kami diijabkabulkan atas dasar perjuangan yang sama. Tanpa rasa perlu saling mengenal terlalu lama. Manisnya apabila ikatan termeterai, langkah untuk mengenal menjadi lebih selesa kerana tidak lagi dibatasi garis ajnabi. Pun begitu, acapkali kita mendengar…teori ilmiah manakan sama dengan amali harian…Menyelusuri laluan kehidupan dan persefahaman bukanlah proses yang mudah, tidak seindah diucap apatah lagi bagai diimpikan. Namun ia boleh dibina, ....Cuma barangkali memerlukan helaan nafas yang panjang dan kesabaran yang mendalam.

Masih segar diingatan, airmata adalah senjata setia wanita…airmata jugalah kadangkala berjaya meniup zat kekuatan ke dalam diri seorang wanita…dan airmata di awal perkahwinan jugalah yang akhirnya menjadikan aku seperti aku sekarang…

Dulu…akau merasa cemburu apabila melihat teman karibku menerima jambangan bunga dari suami setiap menjelangnya hari lahir….

Dulu…aku merasa iri apabila melihat suami rakanku begitu romantis melayan isterinya…kerapkali membukakan pintu kereta untuknya…

Dulu…bila aku jengkel aku mengharap alangkah bahagianya andai dipujuk sang suami…

Tetapi…kawanku pernah berkata:
Suaminya dikebas orang kerana terlalu romantikkk…(ha..ha..lucukah ia?)

Kawanku yang lain pula berkata:
Suaminya suka memujuk orang lain selain dirinya….(benarkah itu?..)

Sahabt baikku pula berkata:
Suaminya suka membelikan hadiah kepada sesiapa sahaja yang dia suka…(hmmm….)


Kini…menjelang sore kehidupan….
Aku bersyukur punya kesempatan memiliki suami seperti dia…seadanya….kerana aku juga bukan wanita sempurna…hanya seadanya…..

Aku bersyukur punya kesempatan meraih kasihnya…seadanya…kerana aku juga tidak punya kasih setulus Khadijah…hanya seadanya….

Aku bersyukur punya kesempatan melahirkan anak-anak untuknya…walaupun tidak seramai yang dia pinta…seadanya…kerana aku bukanlah sesiapa….

Aku bersyukur…..Segala pengalaman manis, pahit, maung, suka, duka digaul bersama…Menjadi satu resipi santapan keluarga yang lazat dan berkhasiat jika diadun dengan penuh sabar dan redha…..

Aku bersyukur punya masa bersama dia…suamiku…kerana dia adalah rezeki yang melimpah ruah….

“Ya Allah, Tuhan kami, jadikanlah kami beserta anak cucu kami pemuka bagi orang-orang yang bertakwa”.

3 comments:

  1. Amin.
    Ianya menjadi indah apabila saling berbagi rasa, fikiran dan harapan di medan perjuangan yang sama dan menjadi tersangat indah apabila anak-anak dan generasi kita juga ikut bersama di jalan yang panjang ini.

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwwah..
    alhamdulillah...n3 yg amat menyentuh hati. thanks berkongsi.. kadang2 bila hati 'asyik merungut' itu juga tanda kurangnya rasa syukur.. perlu syukur n hargai rezeki yg diberi..

    ReplyDelete
  3. saya suka post ni ummi.. =)sgt menyentuh hati
    semoga satu hari nanti saya akan dapat suami ...sebagai rezeki yg meimpah ruah.. Amin..

    ReplyDelete