Sempena percutian keluarga ke Bandung/Jakarta baru-baru ini, saya berkesempatan berkunjung ke rumah seorang kenalan lama yang pernah menetap di Johor Bahru, Mbak Oniyah dan suaminya Dr Hj Mardani yang terletak di Kampung Hj Madani, Pondok Gede, Jakarta. Kedatangan kami serombongan disambut dengan penuh mesra dan ceria oleh pasangan ini.
Bersama tuan rumah Mbak Oni (dua dari kanan) dan Dr Hj Mardani (tiga dari kanan) dihadapan rumah mereka.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah bagaimana cara mereka melayan tetamu dengan sibuk memberikan hadiah. Sambil berbual-bual Mbak Oni sibuk pula mengagihkan hadiah kepada kami satu persatu. Ibu mertua saya dihadiahkan sepasang telekung, anak-anak perempuan dan Munirah mendapat sebiji ‘brooch’ masing-masing. Saya sendiri menerima sebuah buku bertajuk Cambuk Hati, buku tulisan pengarang yang menulis buku Jangan Bersedih (La Tahzan).
Di saat mahu keluar dari rumah, Dr Mardani menghulurkan pula sebuah buku landskap sebagai hadiah. Ketika itu, saya tiba-tiba teringat kata-kata “Erti Hidup Pada Memberi” yang popular dalam blog Ustaz Saifulislam.com.
Benar. Memberi itu maknanya luas. Boleh jadi memberi sesuatu kepada seseorang yang dikasihi sebagai tanda persahabatan. Boleh jadi memberi peluang untuk diri berubah, memberi masa dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja kebaikan, dan memberi apa-apa yang dirasakan boleh membuat hidup itu lebih bererti.
Saya teringat sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”(HR Muslim).
Boleh ditafsirkan secara kasar bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Muga kita dapat aplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Di hadapan Pondok Muhasabah, Darut Tauhid, Bandung. Di hadapan Pondok ini terletak Masjid Darut Tauhid di mana siaran secara life bersama Ustaz A Gym di siarkan ke TV3.
Seronok berpesta memetik strawberi segar di ladang yang subur menghijau. Macam di Cameron Highland
Bersama P.Casudi (kiri sekali) dan isteri Mbak Budi (kanan sekali) beserta anak sulung mereka Muna Mujahidah Rabbani, yang bertindak selaku pemandu pelancong kepada rombongan kami.Gambar ini dirakamkan di dalam restoran seorang teman yang baru dibuka di kota Jakarta.
Bas mini yang setia membawa kami ke pelusuk Bandung dan Jakarta dipandu oleh seorang pemandu yang cukup cekap.
Candid...Di puncak Bogor yang nyaman dan menghijau...apa agaknya yang melucukan tu....
Salah satu poster yang mencuri perhatian....
ALhamdulillah.....percutian dalam rangka membuat pengamatan dan pembelajaran. Sepertimana yang lazimnya disebut sebagai Contextual learning.....
Jun 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Eloklah tuliskan yg sebenarnya: Mardani. Bukan Madani.
ReplyDeleteUstaz Madani telah pulang ke rahmatullah.