Melakar kehidupan bukan semudah mencorak lukisan. Namun warna warni lakaran itulah yang akan menceriakan dan mendewasakan. Selamat Melayari Tribulasi Kehidupan....

Bertakhta di Hati

May 23, 2009

Jom Mesra ICT

Agak lama juga tidak berkesempatan untuk mengupdate blog….
Sibuk ’banget’ setelah kembali bertugas.

Dua minggu berturut-turut terlibat dengan Kursus Mentoring dan Pencerapan Klinikal untuk Pensyarah Pembimbing serta Kursus ICT untuk guru-guru Sekolah Rendah dan Menengah negeri Johor


Hujung minggu pula , dua sabtu berturut-turut terlibat dengan kursus guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), JB.

Sekadar berkongsi keseronokan mengendalikan kursus guru di SMIH hari ini. Kursus mengenai pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P), menggunakan perisian yang paling mesra pengguna iaitu PPT interaktif.

Seronok melihat kesungguhan Ustaz/Ustazah begitu serius mengikuti kursus dan serius juga menghasilkan tugasan yang diamanahkan.

Berikut beberapa aksi yang sempat dirakamkan.



















Ini pula beberapa gambaran tugasan yang sedang diselesaikan.











Disebabkan keasyikan menyiapkan tugasan di samping mempelajari beberapa perkara yang baru, susah juga untuk meminta Ustaz/Ustazah ini keluar untuk rehat....Hmmm....hingga ada di kalangan mereka yang berkata...”Kan seronok kalau kita mengajar pelajar-pelajar khusyuk macam ni....”..

Sebenarnya itulah keseronokan yang dialami apabila mengajar ICT.....
Tidak ada istilah bosan atau malas.....
Malahan yang selalu ditemui ialah kesukaran untuk meminta pelajar keluar dari makmal sebaik masa tamat....

Hah! Jom mesra ICT....

May 9, 2009

Wajah Suci




Suatu ketika dulu….

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga wujud zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si janin ingin dibuang di jalanan
Mengapa tiada simpati dan kasihan





Kini….

Lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina




Terlalu hiba hati si ibu mengenangkan wajah suci akan beralih tangan. Setelah menyesali keterlanjuran dan ingin kembali ke pangkal jalan, bibit-bibit kasih mula menjalar ke seluruh aliran darah. Apatah lagi menatap wajah suci yang cukup bersih dan mendamaikan. Namun si ibu tetap akur kerana ia perlu terus menjalani bimbingan demi bimbingan di Raudhatus Sakinah…..





Sayu dan pilu menatap wajah suci ini. Demi masa depan yang lebih meyakinkan, sikecil telah bersedia untuk diserahkan kepada keluarga angkat yang memiliki kriteria sptmana yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah…terselamatlah satu lagi nyawa yang suatu ketika dulu kehadirannya tidak pernah diinginkan. Muga kelak dirimu akan menjadi insan yang mulia di sisi Allah SWT…